Mengenai Kami

Sejarah Awal

Nama asal ialah Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Penuntut-Penuntut Sekolah Menengah Vokesyenal Muar Berhad. Kemudian dengan nama sekarang iaitu Koperasi Kolej Vokasional Muar Berhad. Ditubuhkan pada 3 Mac 1975.

VISI KOPERASI KV MUAR BERHAD

Ke Arah 10 Koperasi Sekolah Terbaik Negeri Johor di Tahun 2030

MISI KOPERASI KV MUAR BERHAD

Menyediakan platform keusahawanan dan kepimpinan dalam kalangan anggota, menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk kepentingan dan kebajikan seluruh warga kolej

Maklumat Ringkas:

Bangunan Koperasi Sekolah

Logo Koperasi Sekolah

  1. Diinspirasikan oleh mantan bendahari iaitu Pn. Suhailah binti Mohd Wahid melalui Pertandingan Mencipta Logo bagi ahli Kelab Koperasi dan Keusahawanan pada tahun 2018.
  2. Dicipta oleh Sdra. Muhammad Arif bin Mohamed Sahair dari program 1 SVM ETE (Teknologi Elektrik).
  3. Dirasmikan pada 16 Julai 2018 oleh Pengarah KV Muar pada ketika itu iaitu Dr Hj. Abd Aziz bin Sahat@Ashari.

 

Maksud Logo Koperasi KV Muar Berhad

BENTUK LOGO

8 BUCU : Bermaksud 8 objektif koperasi yang perlu diamalkan dan dihayati.

WARNA LOGO

KUNING : Melambangkan semua anggota koperasi mengamalkan kepatuhan dan ketaatan kepada Raja dan Negara.

BIRU CAIR : Mencerminkan sikap bertanggungjawab dan amanah ahli jawatankuasa koperasi dalam melaksanakan tugas mengurus dan mentadbir koperasi.

BIRU GELAP : Melambangkan perpaduan antara anggota koperasi, kakitangan koperasi dan warga kolej.

MERAH JAMBU : Melambangkan sikap anggota koperasi yang penyayang, ambil berat, sensitif dan lemah lembut dalam membantu sesama anggota yang ditimpa musibah.

JINGGA : Melambangkan sikap anggota koperasi yang percaya diri, menghormati dan menerima sesuatu pandangan secara terbuka.

MERAH : Mencerminkan semangat, keberanian dan kekuatan koperasi dalam menghadapi risiko semasa menguruskan aktiviti koperasi.

UNGU : Melambangkan anggota koperasi mempunyai kreativiti dan imaginasi yang tinggi serta elegen dalam mencipta sesuatu produk koperasi.

UNGU CAIR : Mencerminkan anggota koperasi mempunyai sikap yang baik dan berpandangan jauh.

Transformasi Bangunan Koperasi

Koperasi ini didaftarkan pada 3 Mac 1975 dengan nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Penuntut-Penuntut Sekolah Menengah Vokesyenal Muar Berhad.

BANGUNAN LAMA

BANGUNAN BARU

Sijil Pendaftaran SKM

NAMA ASAL KOPERASI

NAMA SEKARANG