Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anggota dan mendalami budaya di dalam masyarakat.
Aktiviti Koperasi
Aktiviti Budaya 2022
Dapat meningkatkan jatidiri para pelajar di dalam bermasyarkat yang prihatin dan sentiasa membantu bagi mereka yang memerlukan bantuan.
Sambutan Tahun Baru Cina 2022
Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anggota koperasi yang berlainan kaum melalui sambutan Tahun Baru Cina. Memahami dan menghormati budaya anggota yang terdiri dari kaum Cina.
Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk
Memupuk semangat kerjasama antara anggota dalam penyediaan bubur lambuk. Aktiviti ini juga menanamkan sikap suka bersedekah dalam kalangan anggota.
Persembahan Boria Sempena Program Antidadah
Dapat memberi pendedahan kepada anggota pelajar tentang salah satu seni warisan persembahan tradisional iaitu Boria. Ia juga dapat mencungkil bakat dalam kalangan anggota pelajar yang terlibat.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota dalam meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, aktiviti ini dapat memperkenalkan budaya dan makanan tradisional Kaum Melayu kepada anggota yang berlainan kaum.
Majlis Korban (Sembelihan &Melapah)
Dapat memupuk sikap saling bekerjasama dalam menjalankan aktiviti penyembelihan dan melapah daging korban berjalan lancar. Di samping itu dapat memupuk sikap pemurah dalam kalangan anggota.
Sambutan Maulidur Rasul 1444H
Dapat memupuk semangat kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w dalam kalangan anggota. Dapat memupuk semangat kerjasama sesama anggota dalam menjayakan program sambutan ini.