Menyediakan platform keusahawanan dan kepimpinan dalam kalangan anggota, menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan..
Aktiviti Koperasi
Ekonomi
Dapat menambahkan pendapatan koperasi di samping membimbing dan mendedahkan ALK dan AJK pelajar dalam aktiviti urus niaga..
Jualan Runcit
Koperasi ada menjual pelbagai keperluan alat tulis, makanan seperti roti, keropok, kerepek, air minuman dan aiskrim yang menjadi alternatif kepada anggota pelajar yang tidak selesa bersesak di kantin. Terdiri daripada Kedai Koperasi Utama dan Mini Koperasi Bilik Pensyarah
Jualan Buku Kerja, Alatan Bengkel & Tempahan Kad Metrik
Disamping menambah pendapatan koperasi ia juga memudahkan urusan anggota pensyarah mendapatkan tempahan buku kerja, peralatan bengkel dan kad metrik untuk keperluan anggota pelajar.
Perkhidmatan Fotostat, Mencetak & Binding
Memberi kemudahan kepada semua anggota yang memerlukan perkhidmatan fotostat, mencetak, scan dan binding dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran luar.
Perkhidmatan EB BSN
Memberi kemudahan kepada anggota koperasi untuk melakukan pelbagai jenis transaksi yang mereka perlukan melalui EB BSN.
Tempahan Hamper & Bouquet
Dapat menambahkan pendapatan koperasi di samping membimbing dan mendedahkan ALK dan AJK pelajar dalam aktiviti pembungkusan hamper dan bouquet yang kreatif. Perkhidmatan ini bergantung kepada tempahan yang diterima oleh koperasi dan bukan perkhidmatan harian.
Perkhidmatan Membekal Pakaian Pelajar & Sewaan Jubah Konvokesyen Diploma
Anggota pelajar disediakan dengan perkhidmatan bekalan pakaian kolej dengan material kain yang berkualiti dengan harga yang lebih murah berbanding KV lain. bagi memudahkan urusan anggota pelajar dan graduan dari Kolej Vokasional lain yang tamat pengajian Diploma untuk menyewa jubah sempena Majlis Konvokesyen Diploma Vokasional Malaysia
Tempahan Stiker, Banner & Bunting
Aktiviti ini juga dapat memudahkan anggota yang terlibat sebagai AJK pelaksana program kolej mendapatkan perkhidmatan tempahan banner yang lebih cepat dan murah.
Perkhidmatan Mini Cyber Cafe
Dapat membantu anggota koperasi khususnya pelajar untuk mendapatkan kemudahan internet.
Jualan Produk Sejuk Beku & Jualan Pau (Stim & Frozen)
Pihak koperasi dapat memudahkan urusan anggota terutamanya pensyarah untuk mendapatkan produk sejuk beku keluaran IKS tanpa perlu berbelanja di kedai luar. Menikmati makanan yang berkhasiat, murah dan mengenyangkan. Ini kerana harga produk-produk yang dijual di koperasi lebih murah berbanding harga pasaran.
Sewaan Tapak Vending Mesin Di Bangunan Koperasi.
Memberi pilihan kepada anggota koperasi untuk menikmati minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa sahaja di Bangunan Koperasi.
Jualan Air Mineral Berlogo KV Muar
Air mineral ini merupakan keperluan utama bagi setiap program yang dijalankan di KV Muar. Membantu memberi pulangan kembali kepada koperasi dan menjimatkan kos pembelian berbanding di luar.
Perkhidmatan Penerimaan Parcel
Mendedahkan ALK dan AJK pelajar dalam aktiviti merekod dan menerima parcel.
Penghasilan & Penjualan Air Minuman Aloe Vera
Mendedahkan ALK dan AJK pelajar dalam aktiviti membuat jualan dan merekodkan jualan produk sendiri disamping menghasilkn produk yang baik untuk kesihatan pelajar.
Jualan Pizza Frozen
Anggota dapat menikmati pizza yang terdiri daripada pelbagai perisa dan juga harga yang murah berbanding pasaran luar.
Penghasilan Cenderamata Menggunakan Mesin Laser Cutter
Aktiviti ini juga dapat memberi kemudahan kepada anggota untuk menempah cenderamata yang lebih murah berbanding pasaran.
Ejen Kasut Medifeet
Memberi kemudahan kepada anggota untuk membeli kasut Medifeet secara bayaran ansuran. Dengan ini, anggota koperasi mampu membeli kasut yang mempunyai ciri-ciri penjagaan kesihatan kaki dan sangat berkualiti.
Mini Koperasi di ASPURI
Aktiviti ini dapat menampung keperluan anggota pelajar ASPURI dalam mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta keperluan harian lain.